Wednesday 19 July 2017

MERIAH RAYA JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam 1 Malaysia,
Salam 1 Statistik

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Hari Raya Jabatan yang disambut semalam (19 Julai 2017 bersamaan 25 Syawal 1438H).

Berkonsepkan Seksyen Terbuka, suasana majlis sangat-sangat meriah. Selain dari seksyen-seksyen lain yang berkunjung tiba, tetamu dari JP Wilayah Kuala Lumpur dan juga anggota dari pejabat operasi turut hadir bagi memeriahkan suasana.

Selain itu, majlis kali ini diserikan juga dengan pertandingan Dekorasi Seksyen Tercantik dimana Seksyen Harga-Harga meraih tempat ketiga, manakala tempat kedua disandang oleh Seksyen Perkhidmatan. Juara Dekorasi Seksyen Tercantik dimenangi oleh seksyen Rangka.

Tidak dilupakan juga Seksyen Pentadbiran, Seksyen Industri, Seksyen Isi Rumah dan Seksyen Prosesan juga menampilkan dekorasi yang hebat dan kreatif.

Menang dan kalah bukan ukuran kerana yang penting adalah semangat kerjasama dan ikatan ukhwah yang erat antara anggota paling bermakna. So, disini admin nak kongsi sikit gambar-gambar yang 'awesome' sepanjang majlis berlangsung.

 (SEKSYEN PENTADBIRAN)


(SEKSYEN HARGA-HARGA) 


(SEKSYEN INDUSTRI) 


 (SEKSYEN ISI RUMAH)


 (SEKSYEN PERKHIDMATAN)


 (SEKSYEN PROSESAN)


(SEKSYEN RANGKA)


Sekian, jumpa lagi 

Wednesday 12 July 2017

JAMUAN HARI RAYA (SEKSYEN TERBUKA)

Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam 1 Malaysia,
Salam 1 Statistik.

Semua sedia maklum bahawa kelab KSKS akan mengadakan Jamuan Hari Raya Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor. Jamuan kali ini akan diadakan serentak dikesemua seksyen dengan berkonsepkan Seksyen Terbuka.

Berikut adalah emel yang dihantar berkaitan jamuan tersebut :

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor akan mengadakan Jamuan Hari Raya berkonsepkan Seksyen Terbuka seperti ketetapan berikut:

Tarikh             :19 Julai (Rabu)
Masa               : 11.30am-3.00 pm
Lokasi             : Ruang Legar Seksyen Masing-masing

Bagi memeriahkan lagi Majlis ini, Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) akan mengadakan Pertandingan Dekorasi Hari Raya Seksyen Tercantik. Penilaian akan dibuat oleh Pengurusan Tertinggi DOSM Selangor berdasarkan kreativiti hiasan Seksyen masing-masing. Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Berikut adalah tentatif Program.

Tentatif Program
8.00-11.00 am             :Persiapan di Seksyen
11.00-11.30am            :Penilaian Dekorasi Seksyen Terbaik
11.30-3.00pm              :Jamuan Hari Raya di Semua Seksyen (Seksyen Terbuka)

3.00-3.30pm                :Penyampaian Hadiah Deko Terbaik  (Tingkat 9)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
+
Jom kita beramai-ramai meriahkan jamuan hari raya ini. Semoga dengan majlis ini, akan dapat mengeratkan ukhwah dikalangan kita, amin.



Tuesday 11 July 2017

S.U.K.P.E.S 2017 DATANG LAGI

Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam 1 Malaysia,
Salam 1 Statistik,

Selamat hari raya kami ucapkan kepada semua warga KSKS. Beberapa hari je lagi, KSKS akan mengadakan program SUKPES.

Apa itu SUKPES?

SUKPES adalah singkatan nama bagi Sukan Perangkaan Selangor, sebelum ini dikenali dengan nama SUPES. Ini adalah salah satu program wajib diadakan dimana semua warga kerja Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor khususnya ahli KSKS perlu menyertainya. Ini adalah medan dimana KSKS boleh mencungkil bakat ahli-ahli yang 'best of the best' untuk dipilih mewakili Zon Tengah (bergabung dengan Jabatan Perangkaan Wilayah Kuala Lumpur) di Sukan Antara Zon (Seluruh Malaysia).

Untuk SUKPES kali ini, ada beberapa acara dipertandingkan antara :

~ Futsal
~ Badminton
~ Bola Jaring
~ Bola Tampar
~ Ping Pong
~ Takraw

Kesemua acara ini akan berlangsung pada sebelah pagi bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Lokasinya pula di Kompleks Sukan SUK, Selangor.



Untuk sebelah petang pula, bermula jam 2.00 petang hingga jam 5.30 petang akan diadakan acara boling. Lokasinya akan diadakan di Ole-Ole Shopping Mall, Seksyen 18 Shah Alam.



Haaa, dah alang-alang bulan Syawal ni...Korang pun dah banyak melantak, pastu malas nak bersenam kan... So, ni laa masanya untuk korang bakar lemak-lemak degil yang tersimpan tu hehehe...

Jangan lupa temujanji kita pada 15 Julai 2017 (Sabtu) ini ye... Jom pakat ramai-ramai datang untuk memberi sokongan kepada pemain.

Format/syarat pertandingan boleh klik 




Semoga KSKS terus maju!!

Monday 10 July 2017

SALAM AIDILFITRI


Dengan penuh takzim, Kelab Sukan, Kebajikan Dan Sosial (KSKS), Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017 kepada seluruh warga DOSM Selangor yang menyambutnya.

Semoga Allah menerima amalan dan ibadah kita semua. Amin.




MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday 21 June 2017

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA

Assalamualaikum WBT,
Salam sejahtera,
Salam 1 Statistik,
Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, 2 hari yang lepas Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab KSKS baru sahaja selesai menyambut majlis khatam al-quran dan juga berbuka puasa bersama-sama warga kerja.

Majlis yang berlangsung pada 20/6/2017 (Selasa) bersamaan 25 Ramadhan 1438H itu berlangsung dengan meriahnya. Sedikit 'review' semasa majlis berlangsung :


      5.30pm    - Ketibaan Jemputan

        5.45pm    - Ucapan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor
                               (Encik Muhammad Amri bin Idris)

        6.00pm    - Khatam Al-Quran
                              (Penyampaian Sumbangan)
                              (Tahlil/Bacaan Yasin)

        7.20pm    - Berbuka Puasa
                              (Solat Maghrib Berjemaah)

        8.00pm    - Bersurai


Berikut ni, admin nak share sikit gambar sepanjang aktiviti dijalankan. Moga, segala amal dan ibadat yang kita jalankan ini akan diterima oleh-Nya, amin.